Antaran alasan lapok yang sering diberikan oleh mereka yang gagal memulakan perniagaan.
Jika mempunyai keazaman yang kuat, anda sebenarnya boleh memulakan perniagaan walaupun berbekalkan modal yang minima.
Untuk bermula, saya tidak menggalakkan anda membuat sebarang pinjaman dari institusi kewangan. Sebaliknya, gunakan duit simpanan sendiri atau pinjam dari keluarga & sahabat terdekat yang mengenali anda. Ini bertujuan untuk mengelakan anda dari menanggung beban hutang Faedah Pinjaman yang tinggi.
Antara pilihan untuk anda memulakan perniagaan tanpa modal atau dengan modal minima adalah dengan menjalankan perniagaan berbentuk affiliate di internet.
Perniagaan affiliate secara ringkasnya bermaksud anda menjadi agen kepada usahawan internet yang lain. Yang mana, anda mempromosikan produk mereka dan menerima komisyen atas jualan yang berjaya anda hasilkan.
Namun, masih ramai yang beranggapan, perniagaan berbentuk affiliate adalah perniagaan kecil-kecilan dan hanya wujud secara sampingan. Sebenarnya, untuk berjaya dalam perniagaan affiliate, anda perlu menganggap perniagaan affiliate sebagai perniagaan utama anda.
Ramai affiliate tempatan yang berjaya menjana 3 - 4 angka sebulan secara sampinga. Malah ada yang pernah mencecah sehingga ke 5 angka sebulan. Ini kerana mereka fokus dan percaya pada perniagaan yang mereka jalankan.
Oleh itu, alasan “Tiada modal” untuk memulakan perniagaan sepatutnya tiada lagi. Daripada menyertai skim-skim cepat kaya di Internet seperti ID (yang pastinya perlukan modal RM100), adalah lebih baik jika anda menyertai perniagaan affliate. Tak perlu bayar sesen pun. Pilihan yang lebih bijak bukan?
Sekiranya anda ingin pelajari dengan lebih lanjut serta langkah demi langkah memulakan 'Perniagaan Tanpa Modal', anda boleh dapatkannya di sini - NASKAH PERCUMA UNTUK ANDA
i follow your blog.
ReplyDeletenow you follow my blog...
www.harisongko.blogspot.com
nice info..
ReplyDelete